APA ITU AUTOBLOGGING?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Autoblogging di kenali juga dengan nama Blog Autopilot dan Blog Auto Post adalah aktiviti berblogging masa kini.

Autoblogging bermaksud kita mempunyai blog yang update post/artikel secara automatik mengikut masa dan tarikh yang kita tetapkan.Ya semuanya automatik,hanya anda perlu membangunkan blog dan memasang beberapa plugin tertentu selepas itu anda boleh lupakan blog tersebut.Segala post/artikel akan di lakukan oleh sistem yang di pasang pada blog anda tanpa anda perlu menguruskannya.Cukup mengagumkan bukan?

Cuba anda bayangkan,anda mampu membina berpuluh-puluh blog yang tidak perlu anda update  dan ianya berkerja 100% untuk anda update post setiap hari dan selamanya.Sudah tentu ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Saya sendiri sudah mempunyai lebih 3 blog autopilot yang mana tidak memerlukan saya update post sepanjang masa,apa yang perlu saya lakukan hanya promosi,promosi dan promosi. :-) .Nik mana blog autopilot nya,nak tengok? Maaf..saya tidak boleh dedahkan blog-blog tersebut kerana blog tersebut saya lakukan untuk tujuan google adsense,clickbank dan beberapa program buat duit di internet.So saya harap anda faham :-) .Insyallah di post akan datang nanti saya akan dedahkan salah satu blog autopilot yang saya bina.

Berdasarkan apa yang saya tahu,autoblogging atau blog autopilot ini di bahagikan kepada 2 :

1-Autoblogging yang isi kandungannya di ambil dari RSS
2-Autoblogging yang isi kandungannya di ambil dari artikel sendiri.

Bagi autoblogging yang isi kandungan yang di ambil daripada RSS,blog jenis ini yang ramai orang gunakan untuk berblogging secara auto pilot buat masa sekarang,namun kekurangan nya blog jenis ini,akan berlakunya duplicate content di mana ianya akan membuatkan ranking blog kita rendah dan jatuh.Dan kita kemungkinan juga akan di kenakan tindakan undang-undang jika RSS yang kita ambil itu mempunyai hak terpelihara.

Tutorial ringkas untuk membuat blog autopilot dengan RSS :

  1. download plugin wp-o-matic
  2. upload plugin tersebut ke wp-content/plugin
  3. login ke wordpess anda dan aktifkan plugin tersebut
  4. anda perlu set up plugin tersebut.Ikuti langkah yang di tunjukkan selepas anda aktifkan plugin tersebut.
  5. Cari RSS mengikut niche yang anda mahukan.

Saya harap dengan tutorial ringkas di atas,akan memberi sedikit gambaran untuk anda yang mahu membina blog autopilot dengan sumber RSS.

O.k,bagi autoblogging  yang isi kandungannya di ambil dari artikel yang kita tulis  sendiri,ianya adalah pilihan terbaik setakat ini untuk berblogging secara autopilot dan selamat daripada berlakunya duplicate content kerana kita tidak ambil artikel tersebut daripada blog orang lain.Namun kekurangannya,kita perlu menulis sendiri artikel tersebut :-( jika anda mahu buat blog autopilot berbahasa inggeris dan kurang mahir bahasa inggeris macam saya nie nampaknya cara jenis ini tidak sesuai untuk kita :-).

Tetapi jika anda mahu juga lakukan blog autopilot dalam bahasa inggeris dengan cara ini,anda boleh lakukan dengan mendapatkan artikel PLR,mana nak dapat artikel PLR ini?tanya pak cik google hehehe..Walaubagaimana pun,ianya juga ada kelemahan kerana dengan menggunakan artikel PLR ini di khuatiri artikel PLR tersebut sudah di gunakan pada blog orang lain dan ini akan menyebabkan berlakunya juga duplicate content.Ini bermakna anda perlulah mengubah artikel PLR tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Untuk cara ini anda perlu upload terlebih dahulu semua artikel yang anda tulis atau artikel PLR ke server hosting anda supaya plugin autopilot akan dapat mengesan artikel tersebut dan post entry yang baru di blog mengikut tarikh dan masa yang di tetapkan.

Jika anda berminat mahu membina blog autopilot dengan cara yang ke 2 ini,anda boleh dapatkan panduannya di sini.

Kesimpulannya,setiap blog auto pilot yang di bina mempunyai kelemahannya masing-masing so terpulang kepada andalah cara jenis mana yang anda mahukan untuk berblogging secara autopilot.Saya tahu walaupun ianya ada kelemahan tertentu ianya tidak akan menghalang anda untuk membina blog autopilot bukan?kerana ianya memang sungguh menyeronok dan menguntungkan. :-)

Nak tahu rahsia saya berblogging secara autopilot?bukan dari RSS dan bukan juga dari artikel sendiri@PLR!

Nantikan maklumat di post saya akan datang.

Sekian…

Tags: , ,

Comments (19)

CARA-CARA “MENJEJAK” BLOG DOFOLLOW

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada tulisan saya yang lepas,saya telah memberi sedikit gambaran  ringkas berkenaan  dengan blog dofollow dan nofollow.Ternyata ada rakan-rakan online kita yang telah  memberi komen dan juga menghantar email kepada saya menanyakan bagaimanakah untuk memastikan sesebuah blog tersebut benar-benar blog dofollow yang mana memberi manfaat kepada pengkomen.Wah terasa macam pakar seo pulak,padahal saya ni juga masih newbie lagi dalam seo hehe,namun dengan berbekalkan pengalaman dan sedikit pengetahuan selama saya mengkaji mengenai seo ni saya akan kongsikan setakat yang mampu.

O.k pada post kali ini,saya nak kongsikan 2 tips untuk anda bagaimana “menjejaki” blog dofollow ataupun nofollow.

Straight to point…

Tips  pertama dengan klik dan klik hehehe,biar betol Nik?

Jom lihat gambar di bawah betol ker tak….

di bawah ini adalah blog “dofollow”

Seo

Klik “view image” untuk lihat dengan lebih jelas

di bawah ini bukan blog”dofollow”

blog nofollow

Klik “view image” untuk lihat dengan lebih jelas

Jika anda perhatikan kedua-dua gambar di atas dan cuba praktikkan, saya rasa anda sudah menguasai tips ini.hehe,jangan lupa klik image untuk lihat dengan lebih jelas apa yang saya cuba sampaikan.

Tips kedua dengan menggunakan firefox add-on iaitu Nofollow ,anda boleh download kat sini .Setelah anda siap install dan selepas itu restart browser anda.

Bagaimana menggunakan firexfox add-on Nofollow ini ?

O.k,..konsepnya sama sahaja dengan tips pertama kita tadi iaitu dengan teknik klik kanan dan klik hehe..

Selepas anda install add-on Nofollow tersebut cuba anda klik kanan ..dan cuba fahamkan dengan lihat gambar di bawah ini.. :-)

right click nofollow

Klik “view image” untuk lihat dengan lebih jelas

dofollow

  • Link yang di highlight berwarna pink -menandakan “nofollow
  • Link yang di highlight berwarna biru-menandakan “dofollow

Apa yang anda perhatikan pada screenshot di atas,itu adalah bukan blog “dofollow”di mana jika anda memberi komen di blog tersebut ianya tidak akan memberi backlink pada blog anda.

So,jika anda mahu mengesan pada sesebuah blog tersebut menggunakan fungsi dofollow ataupun tidak dengan menggunakan add-on Nofollow ini adalah dengan memerhatikan nama yang memberi komen tersebut link yang di highlight adalah berwarna biru bukan berwarna pink seperti screenshot di atas.Mudah sahaja bukan?

O.k itulah antara teknik yang selama ini digunakan oleh pencari tegar backlink hehehe…Saya berharap tips atau tutorial ini sedikit sebanyak membantu anda dalam ‘menjejaki’ blog dofollow bagi meningkatkan PR blog anda.

Jika anda masih tidak beberapa nak faham boleh lah bertanya di ruangan komen.

Sekian..

Tags: ,

Comments (13)

U Comment,I Follow

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apakhabar rakan-rakan online sekalian?semoga sihat-sihat selalu di samping orang yang tersayang..

Tahukan anda dengan istilah DoFollow?jika anda masih kabur dengan istilah tersebut,biarkan saya jelaskan secara ringkas..walaupun saya bukan pakar dalam SEO tetapi saya boleh berkongsikan sedikit info mengikut pemahaman saya mengenai Dofollow dan Nofollow.

Dofollow?Apa yang saya faham Dofollow blog merupakan blog yang akan memberikan anda backlink kembali ke blog/website anda.Lagi bagus sekiranya link yang anda letakkan di bahagian komen dengan artikel yang sama niche di sesuatu blog.

No Follow pula adalah sebaliknya.Ia tidak memberi apa-apa faedah pun kerana anda tidak akan mendapat backlink daripada blog yang tidak mempunyai fungsi NoFollow.

Jadi,semakin banyak anda komen di blog yang mempunyai fungsi “Do Follow” , maka semakin banyak lah backlink yang akan diperolehi dari blog tersebut.Seterusnya, ia mampu menaikkan taraf PR sesuatu blog dan memantapkan lagi blog anda di enjin carian seperti “Pak cik Google” O.k untuk lebih jelas lagi berkaitan Nofollow dan Dofollow anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini .

u-comment-i-follow

Apa yang saya nak umumkan sebenarnya di post saya kali ini adalah mengenai blog saya ini dengan rasminya telah memasang fungsi Dofollow .

Mengapa saya memasang Dofollow?

Tujuan sebenarnya saya memasang fungsi tersebut tak lain tak bukan hanya nak mengalakkan anda untuk membuat komen di blog saya dan imbuhannya buat anda, link blog yang anda masukkan semasa nak memberi komen di blog saya nanti akan dapat di index oleh enjin carian so ia akan memudahkan untuk menaik PR blog anda.Itu yang anda mahu bukan?-(menyelam sambil minum air)

Antara kelebihan yang di kenalpasti blog yang memasang fungsi Dofollow.

  • Blog yang memasang fungsi dofollow ini akan lebih mendapat perhatian pelawat yang mahukan backlink dari blog dofollow.
  • Dapat menguasai Search Engine
  • Meningkatkan PR blog
  • komen dalam blog akan banyak.

Namun setiap kelebihan pasti ada keburukan,ini antara salah satu keburukan blog dofollow ini.

-Akan berlaku banyak aktiviti spam di bahagian komen.Jadi,manfaatkan lah sebaik-baiknya dengan blog Dofollow ini.

O.k lah,saya stop dulu post saya di sini buat kali ini,nantikan post saya akan datang.Semoga apa yang di kongsikan bermanfaat untuk anda semua.

Ps : bagi pengiat komen yang tegar,inilah masanya untuk anda mendapat backlink dari blog saya…Jom komen!
Pss : jangan lupa untuk komen yer.

Tags: , , , , ,

Comments (16)

9/10 Rezeki Dalam Perniagaan

Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?

Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.

Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: “Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita… untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang”.

Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di Internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru- apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi

Mengenai Penulis:

Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com

Tags: ,

Comments (2)

JomHosting Dan Perkhidmatannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apakhabar semua pembaca blog setia ini?semoga sihat dan ceria selalu.Baiklah,pada beberapa hari yang lalu saya menghadapi beberapa masalah dengan teknikal blog ini berkaitan dengan kehilangan datebase dan menyebabkan blog saya tidak dapat di akses serta file-file penting saya hilang.

Masalah ini semua terjadi dek “kegatalan” tangan ini yang telah “terdelete” datebase di cpanel dan sebelum ini,saya tidak sempat untuk backup datebase terkini.Kebingungan saya di buatnya..Kerana blog saya tidak dapat di akses.

Namun masalah yang saya hadapi ini tidak lama.Dengan bantuan dari perkhidmatan/servis support webhosting yang saya gunakan iaitu JOMHOSTING.NET masalah tersebut dapat di selesaikan oleh mereka dalam masa 24 jam sahaja!Saya memang tidak menyangka dan teruja dengan masalah teknikal sebegini mereka mampu menyelesaikan dengan cepat dan pantas.

Kini blog saya kembali pulih sepenuhnya dan saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan Jomhosting yang memang menjaga “kepuasan”pelanggannya dengan baik.Selain itu,setiap soalan dan masalah yang di ajukan pasti akan menerima jawapan dari mereka dengan kadar yang segera.

Bagi saya servis support yang di berikan oleh JOMHOSTING adalah yang terbaik pernah saya gunakan.Malah pakej webhosting yang di tawarkan pun memang amat murah dan mampu milik.

Jomhosting adalah Sebuah webhosting yang perlu dimiliki bagi mereka yang ingin memulakan secara serius tidak kira untuk tujuan bisnes atau sebagainya. Secara jujur ini adalah hosting pertama saya telah gunakan untuk blog saya dan Jomhosting telah memuaskan hati saya samada dalam perkidmatan yang di beri dan harga pakej hosting yang di tawarkan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan pada admin Jomhosting kerana layanan dan servis support yang di berikan memang yang terbaik..Saya memang bertuah dan tidak menyesal kerana mendapatkan Pakej hosting dari Jomhosting.net.

Ps:jika anda masih kurang jelas dengan webhosting anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini

Tags: ,

Leave a Comment